Sk Seri Pagi telah dicalonkan oleh PPD sebagai salah satu calon Anugerah Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2012. Sk Seri Pagi akan menjadi wakil tunggal bagi daerah Beluran. Ketika ini Sk Seri Pagi sedang berusaha memperbaiki segala dokumen-dokumen yang diperlukan semasa penilaian itu dijalankan. Semoga segala usaha kami akan berhasil seperti yang diharapkan.
Sk Seri Pagi
Rabu, 18 April 2012
Sabtu, 14 April 2012
SEJARAH SEKOLAH : SK. SERI PAGI
Sejarah
sekolah ini bermula pada tahun 1985 apabila sebuah ladang kepunyaan
Ladang Sabah Sdn. Bhd. dibuka di Daerah Beluran. Syarikat yang
mengendalikan kerja-kerja mengusahakan ladang, mendirikan rumah-rumah
pekerja, sekolah dan klinik untuk Ladang Sabah Sdn Bhd. Ini
dikendalikan oleh Syarikat Seri Pagi Sdn. Bhd. Maka dengan itu nama
SK. Seri Pagi sempena nama syarikat yang terlibat. Sekolah ini dibuka
pada 16 Januari 1985.
Sebelum
sekolah ini dibuka, anak-anak pekerja ladang bersekolah di SK. Sungai
Nangka kira-kira 11 kilometer dari ladang ini. Memandangkan dari masa
ke semasa bilangan pekerja di ladang ini semakin bertambah dan
bilangan anak-anak yang perlu bersekolah juga bertambah. Oleh itu,
pihak Ladang Sabah telah bersetuju membuka sebuah sekolah untuk
murid-murid bersekolah di kawasan itu.
Bangunan
sekolah ini yang dibina daripada bahan kayu dan dibangunkan di atas
kawasan seluas kira-kira 1800 meter persegi. Bangunan ini dibina 1
meter tinggi dari paras tanah, bertiang konkrit dan beratap zink.
Sekolah ini mempunyai 6 bilik darjah (kelas), bilik guru beasr,
tandas guru dan tandas murid.
Keluasan
bangunan sekolah ini adalah kira-kira 30M x 60M. keluasan bagi setiap
bilik darjah ialah 7.4M x 9M setiap satu. Pihak ladang juga telah
menyediakan rumah-rumah untuk Guru Besar dan guru-guru yang mengajar
di sekolah ini. Setiap rumah juga dibekalkan dengan bekalan air dan
elektrik.
Guru
besar yang pertama mentadbir di sekolah ini adalahh En. Michael Tujeh
Nurun dan dibantu oleh empat orang guru penolong iatu En. Matius B.
Kusop, En. Abd Rahman B. Othman, Cik Mastiah Bt. Hj. Johari dan Cik
Saimah Bt. Alif. Bilangan murid yang bersekolah pada awal sekolah ini
dibuka hanya seramai 84 orang sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)